Hanya dua PPS masih dibuka di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Hanya dua PPS masih dibuka di Negeri Sembilan

TAMPIN 6 Jan.- MANGSA banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Kelamah, Tampin melakukan sesi senaman ringan yang dikendalikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Tampin ketika tinjauan Utusan Malaysia semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 252 orang mangsa banjir yang berlaku pada 1 Januari lalu di Negeri Sembilan masih ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Negeri Sembilan memaklumkan, setakat pukul 2 petang tadi, dua PPS tersebut ialah masing-masing di daerah Tampin dan Jempol.

Di Tampin, PPS yang masih dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah yang menempatkan seramai 195 orang mangsa daripada 55 buah keluarga.

SK Rompin pula menjadi satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Jempol dan kini menempatkan seramai 57 mangsa daripada 10 buah keluarga.

Sementara itu, PPS di Balai Raya Kampung Puom, Jelebu masih lagi menempatkan seramai 26 mangsa daripada tujuh buah keluarga susulan kejadian banjir pada 18 dan 19 Disember tahun lalu.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN