Gol Gabon buat Ghana bengang - Utusan Malaysia

Gol Gabon buat Ghana bengang

PENYERANG Ghana Jordan Ayew (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Gabon dalam pertembungan kedua-dua pasukan pada aksi Kumpulan C Piala Negara-Negara Afrika. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAOUNDE : Ghana sepatutnya tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan namun gol penyamaan kontroversi menyaksikan mereka diikat 1-1 dengan Gabon pada kempen Piala Negara-Negara Afrika, semalam.

Juara empat kali itu membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi kapten pasukan Andre Ayew untuk meletakkan Ghana di landasan meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan C namun Jim Allevinah menyamakan kedudukan minit ke-88.

Jaringan penyamaan itu diperolehi selepas Gabon memilih untuk tidak mengembalikan bola selepas pemain Ghana membuang bola ketika pemain tengahnya, Daniel-Kofi Kyereh terjatuh dan mengalami kecederaan.

Keputusan itu meletakkan Gabon semakin hampir melangkah ke pusingan seterusnya dan Ghana pula berdepan penyingkiran selepas memulakan aksi pertama dengan kekalahan kepada Morocco.

“Mereka adalah pasukan kerdil tetapi itulah apa yang terjadi dengan pasukan kerdil.

“Kami membuang bola (kerana ada pemain cedera) dan adalah sesuatu yang baik dalam bola sepak untuk mengembalikan semula.

“Jika mereka melakukannya, mereka pasti tidak akan menjaringkan gol dan tidak ada peluang langsung,” tegas Ayew.

Nasib Ghana bertambah malang selepas Benjamin Tetteh dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.

Biarpun Gabon turun tanpa bintang mereka, Pierre-Emerick Aubameyang dan pemain tengah, Mario Lemina namun pasukan itu masih mampu memberi saingan sengit.

Kedua-dua pemain itu, tidak dapat bersama pasukan kerana positif Covid-19. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.