Empat termasuk tiga kanak-kanak maut kemalangan - Utusan Malaysia

Empat termasuk tiga kanak-kanak maut kemalangan

KEADAAN kenderaan pelbagai guna yang terlibat dalam kemalangan maut di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Empat individu dipercayai sekeluarga maut dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Nissan Navara.  

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian mendapati terdapat enam mangsa terlibat dalam kejadian itu.

“Empat mangsa yang maut terdiri daripada satu perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki manakala dua lelaki dewasa mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba memastikan tiada lagi mangsa dalam kenderaan selepas kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulfadli, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.