DUN Selangor perlu panggil sidang khas banjir - Utusan Malaysia

DUN Selangor perlu panggil sidang khas banjir

Dasar usahawan
NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor perlu memanggil segera sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi membincangkan isu banjir besar yang menyebabkan kerugian harta benda berjuta-juta dan mengorbankan nyawa di negeri ini.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, langkah tersebut perlu diambil susulan Dewan Rakyat turut mengambil langkah yang sama lebih awal.

“Parlimen akan bersidang tidak lama lagi bagi membincangkan isu banjir, biarlah ahli-ahli Parlimen memberi pandangan mereka.

“Namun pada pandangan saya secara kasarnya saya tengok bukan Selangor sahaja yang dilanda banjir. Melaka, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sabah turut dilanda banjir,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail mencadangkan DUN Selangor mengadakan sidang DUN khas segera bagi membincangkan mengenai musibah banjir luar biasa yang melanda negeri ini pada 18 Disember lalu.

Beliau berkata, sidang itu perlu diadakan memandangkan terdapat banyak kawasan di negeri ini ditenggelami banjir.

Dalam pada itu, Noh menjelaskan gesaan menyegerakan sidang khas DUN adalah untuk membincangkan persoalan banjir yang berlaku di Selangor berbanding negeri lain.

“Fikirlah sendiri kenapa Selangor yang paling teruk. Negeri lain pun teruk juga. Adakah negeri lain bersedia, negeri Selangor tidak bersedia bagi menghadapi banjir,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri lain dilihat bersedia untuk menghadapi banjir, tetapi Selangor pula sebaliknya hingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.

“Jika boleh Selangor adakan sidang khas untuk membincangkan isu banjir sebagai panduan untuk menghadapi banjir pada masa depan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN