Dua 'port' penagih di ladang sawit digempur - Utusan Malaysia

Dua ‘port’ penagih di ladang sawit digempur

RAMLI Kasa (berdiri tengah) bersama suspek yang ditahan dalam operasi gempur lokasi penagih dadah dekat dua ladang kelapa sawit di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua ladang kelapa sawit yang menjadi ‘port’ penagihan dadah sejak seminggu lalu terbongkar apabila digempur polis semalam.

Serbuan bermula kira-kira pukul 5 pagi itu dilakukan secara berasingan di sekitar kawasan Ijok dan Bukit Rotan, di sini.

Operasi melibatkan lima Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) itu membawa kepada penahanan seramai 21 lelaki tempatan yang disyaki penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan 26 pegawai dan anggota polis termasuk daripada IPD Klang Utara, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Sungai Buloh.

Katanya, operasi dilakukan hasil maklumat mengenai dua ladang kelapa sawit yang dijadikan sarang penagih untuk melepaskan gian.

“Ketika serbuan, kita menahan 21 suspek berusia 40 hingga 60 tahun di kedua-dua lokasi tersebut. Hasil ujian saringan air kencing mendapati 15 daripada mereka positif dadah,” katanya ketika ditemui di IPD Kuala Selangor di sini, petang semalam.

Jelas Ramli, pihaknya turut merampas syabu seberat 5.20 gram dan 25 gram heroin yang dianggarkan bernilai RM1,000. 

“Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Selangor untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A (1) dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati kebanyakan dadah dibeli dari kawasan luar  dan dua port yang baru beroperasi seminggu itu dijadikan lokasi menagih dadah.

“Port seumpama itu kebiasaannya akan sentiasa berubah dan kegiatan berkenaan turut akan mengundang kepada pelbagai jenayah lain. Justeru, polis akan menjalankan operasi dan tindakan secara berterusan bagi memerangi dadah secara habis-habisan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.