Dua ADUN, bekas Senator keluar DAP Sabah - Utusan Malaysia

Dua ADUN, bekas Senator keluar DAP Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah bergolak apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang bekas Senator mengumumkan keluar parti, semalam.

Tiga pemimpin DAP itu ialah ADUN Sri Tanjong, Justin Wong dan ADUN Elopura, Calvin Chong serta bekas Senator Adrian Lasimbang.

Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga mereka mengambil keputusan keluar  DAP selepas hilang keyakinan dengan kepemimpinan negeri diketuai Pengerusinya, Datuk Frankie Poon Ming Foon.

“Kami memulakan kerjaya politik untuk memperjuangkan hak Sabah termasuk mendapatkan autonomi, infrastruktur yang lebih baik dan yang lebih penting, membina masyarakat yang inklusif tanpa mengira bangsa dan agama.

“Tapi malangnya kami tidak dapat mencapainya melalui DAP Sabah,” katanya.

Mereka mendakwa DAP Sabah sudah kehilangan hala tuju serta mempunyai perbalahan dalaman susulan masalah komunikasi yang teruk antara pemimpinnya.

“Justeru, dengan berat hati, kami mengumumkan untuk meninggalkan DAP dengan serta-merta,” katanya.

Susulan tindakan itu, DAP Sabah kini mempunyai empat kerusi iaitu Frankie Poon (Tanjong Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan) dan Tan Lee Fatt (Likas). – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

220122-Sbh-keluarDAP

 

  1. JUSTIN WONG

 

  1. CALVIN CHONG

 

3-ADRIAN LASIMBANG

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN