Djokovic yang cari masalah -  Nadal - Utusan Malaysia

Djokovic yang cari masalah –  Nadal

NOVAK Djokovic (kiri) dan Rafael Nadal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE : Pemain No. 6 dunia, Rafael Nadal membidas bintang tenis Serbia, Novak Djokovic yang meneruskan hasrat untuk datang ke Australia bagi mengharungi kejohanan bertaraf Grand Slam Terbuka Australia meskipun tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Djokovic telah tiba di Australia pada Rabu lalu tetapi kehadirannya telah dihalang oleh pihak imigresen kerana tidak memiliki alasan kukuh untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 walaupun mendapat pelepasan daripada pegawai perubatan.

Tegas Nadal, pemain No. 1 dunia berusia 34 tahun itu yang ‘cari masalah’ dengan pihak kerajaan Australia dan ia tidak akan berlaku sekiranya dia mendengar arahan serta syarat yang telah ditetapkan daripada awal lagi.

“Saya rasa Djokovic boleh bermain dalam saingan Terbuka Australia tanpa sebarang masalah andai dia mengambil dos suntikan vaksin Covid-19. Dia yang membuat keputusan tersebut dan semua pihak menghormati pilihannya.

“Namun, dia perlu sedar bahawa setiap apa yang dilakukan pasti akan memberi kesan jangka panjang dan inilah yang terjadi apabila dia tidak dibenarkan masuk ke Australia dan tetap berdegil mahu datang ke mari.

“Saya enggan mengatakan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan itu tepat atau sebaliknya, tapi berdasarkan fakta, ramai keluarga di sini masih terpisah dengan saudara di luar negara kerana isu vaksin Covid-19 sejak tahun lalu dan dia tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri,” katanya.

Difahamkan, Djokovic yang telah menjuarai kejohanan Grand Slam sebanyak 20 kali sedang berusaha membuat rayuan terhadap kerajaan Australia dan kini ditahan di hotel kuarantin yang terletak di Melbourne sehingga Isnin depan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN