Bukan senang tembusi pasaran sana – Baby Shima - Utusan Malaysia

Bukan senang tembusi pasaran sana – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi penyanyi yang semakin meningkat naik, Baby Shima, definisi kejayaan buat seseorang artis atau selebriti itu tentunya berbeza-beza.

Namun,jika seseorang artis itu mampu melakar kejayaan sehingga ke luar negara, tiada salahnya untuk dia diangkat dan dihargai oleh masyarakat tempatan sendiri.

“Kadang-kadang, ada yang baru keluar sekali di layar kaca Indonesia pun dah kecoh satu Malaysia. Ada yang baru hantar single dah di kira diterima di Indonesia walaupun belum lagi dimainkan di radio-radio di sana.

“Pada saya, jika artis itu berjaya tembus pasaran antarabangsa, itu sesuatu yang harus dibanggakan. Indonesia merupakan negara serumpun yang mempunyai bahasa sama dan dapat difahami.

“Jadi adalah lebih baik bila kita dapat tembus pasaran Indonesia seperti mana dulu kita pernah lakukan pada tahun 1980-an dan 1990-an. Ketika itu, lagu-lagu kita menjadi pilihan pendengar Indonesia,”katanya.

Selain itu, kata Shima, dia juga pasti ramai sedia maklum bukan mudah untuk menembusi pasaran di negara seberang.

“Ramai nak cuba masuk pasaran sana tapi tidak di terima.Bila dapat diterima di Indonesia, sudah tentu ia peluang yang tak akan saya sia-siakan.Apatah lagi saya kini bernaung di bawah label terbesar dan nombor satu di sana iaitu Nagaswara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya