Bersatu sedia hadapi PRN, PRU-15 bila-bila masa  - Utusan Malaysia

Bersatu sedia hadapi PRN, PRU-15 bila-bila masa 

 HAMZAH ZAINUDIN  mahu usul semula tahanan semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa bersedia berdepan sama ada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika ia diadakan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sentiasa mengadakan mesyuarat ssbagai persediaan ke arah itu.

“Saya sebagai Setiausaha Agung Bersatu sentiasa adakan mesyuarat dan akan memastikan rakyat di negara ini tahu siapa kepemimpinan terbaik bagi kepentingan negara,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab desas-desus mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam masa terdekat.

Desas-desus ini bukan sahaja mengenai PRN di Johor sebaliknya turut membabitkan PRU-15. Desas-desus mengenai PRN di Johor timbul beberapa hari lalu susulan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang seolah-olah tidak menafikan khabar angin mengatakan diadakan dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu turut mengakui kerajaan negeri ‘tidak suka’ dengan istilah satu iaitu hanya majoriti satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja yang dimiliki oleh mereka hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya