Bantuan Automotif Keluarga Malaysia diperluas

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia diperluas kepada bengkel tidak berdaftar 

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan memaklumkan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia kepada mangsa banjir kini diperluaskan kepada bengkel tidak berdaftar.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, permohonan mengenainya boleh dibuat secara dalam talian mulai esok hingga 31 Mac depan menerusi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

Beliau berkata, permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran.

“Pemohon juga boleh dibuat di Pejabat Satelit (PS) LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

“Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia http://bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

Tengku Zafrul berkata, senarai syarikat yang terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemaskini sepanjang tempoh pelaksanaan.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan RM1,000 menerusi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia kepada warganegara mangsa banjir untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.