Banjir: Syarikat Air Negeri Sembilan alami kerugian besar

Banjir: Syarikat Air Negeri Sembilan alami kerugian besar

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) mengalami kerugian yang disifatkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai besar susulan kejadian banjir yang berlaku di beberapa buah daerah di negeri ini.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, jumlah kerugian yang dialami tersebut bagaimanapun belum diperincikan dan masih dikenal pasti.

“Banyak berlaku kerosakan seperti di loji rawatan air (LRA) seperti di Pantai, Seremban dan Lakai, Jelebu yang habis tenggelam dan rosak malah sehingga kini masih ada yang belum boleh beroperasi.

“Ada bangunan yang rosak, sistem elektrik yang juga rosak, pendawaian baharu perlu dilakukan dan loji terjejas juga perlu dibersihkan. Terbaharu LRA di Kepis juga tenggelam, itu yang berlaku dan bagi jumlah kerugian keseluruhan, kami belum buat penilaian lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya sekiranya SAINS akan mengambil langkah memberikan pengecualian bayaran bil kepada pengguna yang terkesan banjir baru-baru ini, Aminuddin berkata, bantuan sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir yang diberikan kerajaan negeri telah mencukupi untuk tujuan itu.

“Saya rasa daripada sumbangan tersebut boleh bayar bil tersebut, bil juga tidak banyak, kita sudah beri sumbangan, mereka (mangsa banjir) boleh bayar bil tersebut. Sains juga mengalami kerugian yang besar jadi saya harap masyarakat dapat memahami dan kerana itu kerajaan negeri bantu.

“Daripada bantuan tersebut dapat bayar bil dan kita tahu bil air tidak setinggi mana, kalau pakai banyak air pun paling tinggi setakat RM30, saya harap memahami beban yang ditanggung Sains,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya