Bangkai penyu kedua dijumpai di kawasan sama - Utusan Malaysia

Bangkai penyu kedua dijumpai di kawasan sama

PENYU dewasa yang ditemukan mati di lokasi sama di Pantai Kijal, Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Selepas sehari anak penyu agar ditemukan mati di Pantai Kijal, seekor lagi reptilia marin itu dijumpai di lokasi sama, hari ini.

Situasi itu meresahkan pemajak telur penyu, Roslan Muhammad, 54, kerana berturut-turut menjumpai bangkai penyu sejak semalam.

Katanya, bangkai penyu dewasa yang dianggarkan berusia antara 25 hingga 30 tahun itu dijumpai ketika memungut telur kira-kira pukul 8.15 pagi ini.

“Bangkai penyu itu terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi anak penyu yang ditemukan semalam. Berdasarkan kesan merah pada dada penyu, saya tidak menolak kemungkinan ia lemas terperangkap dalam pukat,” katanya  hari ini. 

Roslan berkata, bangkai penyu itu masih dalam keadaan sempurna tanpa sebarang bau dipercayai mati kurang 48 jam lalu.

Katanya, sepanjang memungut telur, ini kali pertama bangkai penyu ditemukan dengan lidah terjelir. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya