“Bangga dengan anda” -Shania Twain ucap tahniah buat Taylor Swift - Utusan Malaysia

“Bangga dengan anda” -Shania Twain ucap tahniah buat Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi senior antarabangsa, Shania Twain menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi terkenal, Taylor Swift atas kejayaan sebagai penyanyi wanita dengan lagu nombor satu paling lama dalam carta Billboard’s Top Country Album.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Ka-Ching! itu menerusi satu ciapan di platform Twitter miliknya.

Katanya, dia menzahirkan rasa bangga dengan Taylor yang berjaya memecahkan rekod yang dipegangnya selama ini.

“Let’s go girls! Saya bangga dengan anda @taylorswift13. Rekod bersejarah adalah sesuatu yang perlu dibuat dan kemudiannya dipecahkan.

“Baton seharusnya diserahkan kepada generasi muda,” ciapnya di Twitter.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ciapan berkenaan dibanjiri pelbagai respon warganet buat kedua-dua penyanyi kesayangan mereka itu.

“Anda adalah seorang legenda! Terima kasih banyak kerana begitu manis dan menyokong. Kami sayang awak,” komen seorang peminatnya.

Pada masa sama, seorang lagi peminat menulis ucapan tahniah kepada Taylor di laman sosial.

“Tahniah Taylor, satu pencapaian yang hebat. Semoga berjaya pada masa hadapan,” komen lagi seorang pengguna Twitter.

Sekadar informasi, sebelum ini Shania berada selama 97 minggu dalam carta tempat pertama dan kini dipecahkan penyanyi lagu popular Wildest Dreams itu yang telah berada dalam carta selama 99 minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya