SEREMBAN: Kepemimpinan parti-parti Melayu dan Islam di negara ini didesak untuk menyuarakan ketegasan dalam isu pemberian pinjaman tanpa jaminan sebanyak RM2.51 bilion kepada Genting Hong Kong oleh tiga buah bank di negara ini. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berkenaan tidak harus didiamkan dan pemimpin parti-parti Melayu dan Islam di negara ini perlu mempunyai keberanian untuk mempersoalkannya. “Saya rasa patut ada keberanian daripada parti Melayu dan parti Islam…










