Anjur perhimpunan: Polis rakam percakapan 16 individu termasuk 5 pemimpin politik - Utusan Malaysia

Anjur perhimpunan: Polis rakam percakapan 16 individu termasuk 5 pemimpin politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 16 individu termasuk lima pemimpin politik diambil keterangan berhubung penganjuran perhimpunan bagi menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap yang bakal diadakan di ibu negara, esok.

Tanpa menamakan individu berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, kesemua mereka dipanggil bagi siasatan lanjut mengikut peruntukan Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung penganjuran perhimpunan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perhimpunan yang akan diadakan esok, kata Noor Dellhan, sebanyak 1,100 anggota dan pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bukit Aman akan dikerahkan di kawasan sekitar ibu negara bagi membuat kawalan. 

“Kita tidak dapat menjangkakan berapa jumlah individu yang akan berhimpun esok namun kita sentiasa bersiap sedia dengan kekuatananggota yang mencukupi,” jelasnya.

Semalam, polis mengambil keterangan aktivis sosial, Adam Adli bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penganjuran perhimpunan berkenaan.

Adam hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 2.30 petang dan selesai diambil keterangan selepas 30 minit

Adam berkata, dia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang diambil keterangan dan perhimpunan itu tetap akan diadakan dan dia yakin akan berlangsung secara aman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya