PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 8 malam ini.
Menurut jabatan itu, Perak melibatkan Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau).
Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).