ADUN Yong Peng umum bersara daripada politik - Utusan Malaysia

ADUN Yong Peng umum bersara daripada politik

CHEW PECK CHOO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Chew Peck Choo mengumumkan persaraannya daripada kancah politik tanah air selepas bergiat aktif selama kira-kira 20 tahun.

Wakil rakyat daripada parti DAP itu memberitahu, keputusan berkenaan dibuat atas pilihannya sendiri dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Menurut beliau, tindakan bersara daripada politik itu juga akan membolehkannya dia meluangkan lebih masa bersama keluarga.

“Selepas terlibat dalam empat pilihan raya utama, saya membuat keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam mana-mana pilihan raya atau kerja kempen.

“Saya akan bersara daripada politik kerana mahu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.

“Tiada masalah atau isu politik, saya sebenarnya mahu buat keputusan bersara selepas kena strok ringan pada November 2108, kemudian 2020 sihat sepenuhnya dan sekarang baharu ambil keputusan bersara,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Pengumuman persaraan itu sedikit mengejutkan memandangkan terdapat khabar angin bahawa akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang turut membuat kenyataan bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk bersara daripada politik sekiranya benar PRN Johor diadakan.

Beliau dilaporkan berkata bahawa sudah tidak aktif sangat dengan aktiviti bersama parti sebaliknya lebih banyak memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai exco kerajaan negeri.

“Saya mungkin bersara agaknya, bersara daripada politik, duduk diam-diam, saya tiada move (langkah politik) apa-apa.

“Saya pun sudah tidak aktif sangat dengan aktiviti parti, saya banyak buat kerja exco sahaja sekarang, parti sudah kurang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya