75 markah untuk pencapaian Kerajaan Negeri Pulau Pinang  - Utusan Malaysia

75 markah untuk pencapaian Kerajaan Negeri Pulau Pinang 

CHOW Kon Yeow pada majlis pelancaran Kad Laporan Pencapaian Tiga Tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan keseluruhan pencapaian kerajaan negeri sepanjang tiga tahun lalu adalah pada kadar 75 peratus. 

Kon Yeow berkata, kadar itu dapat dinilai menerusi Kad Laporan Pencapaian Tiga Tahun Kerajaan Negeri yang dilancarkan hari ini. 

Katanya, masih terdapat ruang yang perlu ditambah baik oleh kerajaan negeri, para Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta agensi di bawah kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran aspirasi dan visi kerajaan negeri. 

“Secara keseluruhannya, 75 markah (bagi pencapaian kerajaan negeri sepanjang tiga tahun ini).  Dari segi penambahbaikkan seperti prestasi Exco, ia memang memerlukan diperlukan seperti sebuah banglo, bukan hanya seperti sebuah bilik sahaja,” katanya selepas majlis pelancaran Kad Laporan Pencapaian Tiga Tahun kerajaan negeri di sini hari ini. 

Kad Laporan Pencapaian Tiga Tahun kerajaan negeri berbentuk info grafik yang dilancarkan hari ini menyediakan maklumat mengenai jenis projek yang dimulakan oleh kerajaan negeri antara 2018 hingga 2021 sebelum pandemik melanda. 

Menurut Kon Yeow, orang ramai dapat menilai prestasi kerajaan negeri menerusi kad laporan itu yang akan dipamerkan di sistem papan pemuka Penang 2030 yang merupakan sistem pemantauan pelaksanaan projek-projek di bawah kerajaan negeri selewat-lewatnya hujung bulan ini. 

“Informasi yang diberikan menerusi kad laporan ini lebih telus dan mudah untuk diakses oleh ramai, tidak hanya bergantung kepada penerbitan daripada kerajaan negeri semata-mata,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN