51 individu ditahan, sarang penagihan dadah diserbu - Utusan Malaysia

51 individu ditahan, sarang penagihan dadah diserbu

SEBAHAGIAN penagih dadah yang ditahan dalam Op Tapir Khas di sekitar Mantin, Seremban hari ini. - GAMBAR/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Beberapa buah apartmen yang dijadikan sarang penagihan dadah berjaya digempur pihak polis dengan penahanan seramai 51 orang penagih dalam Op Tapir Khas di sekitar Mantin di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, serbuan itu dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

“Seramai 51 penagih dadah berjaya ditahan dalam serbuan yang dijalankan di beberapa buah apartmen sekitar kawasan Bandar Universiti Teknologi Lagenda Batu 12 Mantin.

“Kesemua penagih lelaki itu berusia lingkungan umur 24 hingga 60 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Fazley, pihak polis turut merampas 32.5 gram dadah jenis heroin dan 3.3 gram dadah syabu dengan nilai keseluruhan rampasan RM1,467.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Semakan rekod lampau untuk kesemua tangkapan akan dibuat di mana tindakan di bawah Seksyen 39C ADB 1952 akan dilaksanakan bagi mana-mana penagih yang melakukan kesalahan berulang di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya