PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberikan lima cara memiliki berat badan unggul dengan ‘menggodam’.
Menurut kenyataan itu, individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
“Ingat, penurunan berat badan yang sihat dan realistik memang mengambil masa.
“Namun, cara yang terbaik untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan adalah melalui pemakanan dan gaya hidup sihat,” jelas kementerian itu.
Lima tip GODAM untuk berat badan unggul itu adalah:
1) Gerakan badan setiap hari;
2) Otak yang sihat;
3) Diet yang seimbang;
4) Air yang secukupnya;
5) Masa makan yang tepat.