486 kes baharu varian dikesan  - Utusan Malaysia

486 kes baharu varian dikesan 

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 486 kes baharu varian Covid-19 yang dilaporkan daripada 10 Januari sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 317 kes baharu kesemuanya adalah varian membimbangkan (VOC) jenis varian Delta (B.1.617.2) yang dikesan Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) manakala Fakulti Perubatan Universiti Malaya (FOM-UM) pula mengenalpasti 84 kes baharu dan kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). 

Katanya, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) mengenal pasti 58 kes baharu dan kesemuanya juga adalah varian Delta (B.1.617.2) manakala Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) mengenal pasti 27 kes baharu terdiri daripada varian Delta (B.1.617.2).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian berkepentingan (VOI) adalah sebanyak 6,246 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,226 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI dan secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 5,726 kes varian Delta, 253 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, bagi kes VOI pula terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta. 

Selasa lalu, media melaporkan Noor Hisham memaklumkan sebanyak 99 kes baharu VOC dilaporkan dari 3 Januari dengan 91 kes baharu varian Delta (B.1.617.2) dan lapan kes baharu varian Omicron (B.1.1.529).

 “Semua kes tersebut dilaporkan di Johor (20), Sabah (18), Selangor (17), Negeri Sembilan (16), Melaka (12), Kuala Lumpur (sembilan), Sarawak (tiga), Labuan (dua), Kelantan (satu) dan Putrajaya (satu),” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya