30 kertas cadangan raih geran penyelidikan polisi Masa - Utusan Malaysia

30 kertas cadangan raih geran penyelidikan polisi Masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 30 kertas cadangan diputuskan layak menerima geran penyelidikan Program Pembangunan Dasar Masa (MPDP) anjuran Institut Masa Depan Malaysia (Masa).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azril Mohd. Amin berkata, mereka disenarai pendek panel penilai daripada sejumlah 134 kertas cadangan sejak permohonan dibuka 1 Oktober tahun lepas.

“Geran pertama kali diperkenalkan ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada 21 institusi pengajian tinggi serta badan bukan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

MPDP dilancarkan Masa pada 28 September tahun lalu itu bertujuan menyediakan peluang kepada penyelidik agar dapat memberi pelbagai input dan cadangan untuk polisi awam.

Institut pemikir bebas itu ditubuhkan pada Januari 2019 hasil idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum diteruskan oleh penggantinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Badan tersebut diwujudkan oleh kerajaan bagi membangunkan pelan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sebagai dasar sosioekonomi bersepadu negara selepas tamat Wawasan 2020.

Mengulas lanjut, Azril berkata, geran penyelidikan program itu dijangka membantu misi proses pelaksanaan pemulihan Malaysia melalui strategi dan pelan kerajaan pasca wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.