2,044 rumah mangsa banjir dibaik pulih, bina baharu - Utusan Malaysia

2,044 rumah mangsa banjir dibaik pulih, bina baharu

MAHDZIR Khalid ketika dalam sidang akhbar bersama Inisiatif Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengenal pasti sejumlah 2,044 rumah mangsa banjir melibatkan 1,879 unit rumah untuk dibaik pulih di kawasan yang dilanda bencana alam itu di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, selebihnya adalah meliputi 165 buah rumah mangsa banjir yang mengalami kerosakan teruk dan perlu dibina baharu dengan peruntukan RM50 juta menerusi inisiatif bina baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Menurut beliau, bagi pembinaan rumah baharu, tempoh masa yang diambil adalah antara tiga  hingga empat bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

Beliau berkata, pihaknya memperoleh data awal daripada peringkat daerah serta Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi membaik pulih dan bina baharu kediaman mangsa dan mana-mana mangsa yang terlibat boleh mengemukakan permohonan inisiatif itu melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah.

“Kementerian telah memulakan kerja-kerja pembaikan sejak Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan, manakala empat buah rumah lagi dilaksanakan di daerah Mentakab dan Temerloh, di Pahang.

“Selain peruntukan membaik pulih dan bina baharu, kementerian turut menyedia peruntukan RM50 juta untuk projek ameniti sosial dengan skop baik pulih dan bina baharu kemudahan awam seperti balai raya, surau, longkang atau parit, jambatan serta titi di luar bandar,” katanya hari ini.

Mahdzir berkata, sebanyak RM50 juta lagi untuk kerja-kerja baik pulih jalan perhubungan desa yang akan dilaksanakan dalam tempoh segera.

Terdahulu, beliau mengadakan sidang akhbar bersama Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai Inisiatif Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.