1,000 ahli DAP Johor didakwa keluar parti - Utusan Malaysia

1,000 ahli DAP Johor didakwa keluar parti

A. Sandra Segaran (depan lima dari kanan) mendakwa 1,000 ahli DAP Johor keluar parti dalam sidang akhbar yang diadakan di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dianggarkan seramai 1,000 ahli DAP daripada 13 cawangan parti itu di seluruh Johor mengumumkan keluar parti selepas dikatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong.

Jurucakap kumpulan berkenaan, A. Sandra Segaran berkata, antara cawangan berkenaan termasuk Cawangan Taman Nusa Bestari, Taman Mewah, Taman Nesa, Senai Utama, Taman Puteri Wangsa, Kampung Sepakat, Bekok Timur dan Tangkak Jaya.

Bekas Ketua Cawangan DAP Taman Nusa Bestari itu berkata, keputusan berkenaan diambil tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak selepas mereka mengadakan perbincangan.

“Chin Tong gagal dalam peranan beliau untuk memimpin, malah sering mengamalkan sistem ‘divide and rule’ selain menjadi diktator yang tidak berminat mendengar pandangan rakan-rakan akar umbi.

“Kami merasa diketepikan oleh jawatankuasa DAP negeri selepas pemilihan di peringkat negeri pada Mei tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Akademi Kriket Johor Datuk Dr. Harjit Singh di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, K Alagenthiran.

Sementara itu, Alagenthiran memberitahu, ramai dalam kalangan bekas ahli DAP itu menyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu namun mereka masih belum membuat sebarang keputusan rasmi.

Menurutnya, keputusan muktamad bakal diambil mereka dalam waktu terdekat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya