Wan Saiful mohon Kementerian Kesihatan kaji semula penjarakan saf solat - Utusan Malaysia

Wan Saiful mohon Kementerian Kesihatan kaji semula penjarakan saf solat

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan memohon Kementerian Kesihatan untuk mengkaji semula isu penjarakan saf solat.

Beliau berkata, ini kerana sudah ramai yang mempertikaikan mengapa solat yang masanya lebih singkat tidak boleh dirapatkan berbanding keadaan lain.

“Alhamdulilah, prosedur operasi standard (SOP) kehadiran ke masjid-masjid kini telah membenarkan lebih ramai ahli jemaah hadir untuk menunaikan solat, termasuk solat Jumaat.

“Bagaimanapun saya mendengar dan membaca pandangan banyak pihak mengenai isu adakah saf masih perlu dijarakkan atau sudah boleh dirapatkan.

“Saya mohon Kementerian Kesihatan mengkaji semula isu ini. Sudah ramai yang berpandangan bahawa jika dalam feri dari Kuala Kedah ke Langkawi boleh duduk rapat-rapat, kenapa solat yang waktunya jauh lebih singkat tak boleh rapatkan saf?

“Jika SOP ini belum sesuai untuk diubah, ada baiknya jika sebab musababnya diperjelaskan dengan teliti agar kita semua faham,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, kementerian itu perlu memberi penjelasan sekiranya SOP itu masih lagi belum difikirkan sesuai untuk diubah bagi mengelakkan fitnah terhadap kerajaan.

“Bukan apa, bilangan rakyat yang bertanya semakin ramai, maka eloklah diperjelaskan sebabnya, untuk mengelak timbul fitnah terhadap kerajaan pula.

“Tambahan lagi kawan-kawan Ketua Perungut Kebangsaan masih ramai belum masuk Sungai Buloh. Nanti ada saja yang mereka mahu rungutkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.