Video tular marsyal 'berlagak' polis arah kenderaan lain ke tepi - Utusan Malaysia

Video tular marsyal ‘berlagak’ polis arah kenderaan lain ke tepi

RAKAMAN di lokasi yang tidak dinyatakan menunjukkan dua marsyal bertindak mengarahkan kenderaan lain ke tepi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform media sosial kecoh seketika mengenai tindakan marsyal ‘berlagak’ seperti polis melalui satu rakaman video yang tular, berdurasi 2 minit, bertarikh 5 Disember 2021.

Dalam video tersebut, pemandu sebuah kenderaan sempat merakam aksi marsyal berkenaan mengarah kenderaan lain ke tepi bagi memberi laluan kepada konvoi mereka.

Perakam meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat tindakan tersebut.

Rata-rata netizen juga meminta perkara sama.

Bulan lalu, media melaporkan rakaman video tular berdurasi satu minit 10 saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook menunjukkan aksi marsyal mengawal dan memberhentikan kendereraan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.

Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tindakan marsyal itu dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak secara konvoi bagi melepasi lampu isyarat tersebut.

Pergerakan motosikal berkuasa besar ini dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke bulatan Sunggala, Telok Kemang.

Beberapa orang bertindak sebagai marsyal ditahan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya