[VIDEO] Banjir: Buaya Sungai Linggi naik ke jalan raya - Utusan Malaysia

[VIDEO] Banjir: Buaya Sungai Linggi naik ke jalan raya

TANGKAP layar rakaman video seekor buaya yang naik ke jalan raya dalam kejadian di sebuah jambatan di percayai di Linggi, Port Dickson berikutan banjir di kawasan tersebut dan peningkatan paras air sungai Linggi.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kejadian banjir dan peningkatan paras air Sungai Linggi menyebabkan seekor buaya naik ke jalan raya dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah jambatan di Linggi di sini pagi tadi.

Rakaman dua video kejadian tersebut masing-masing berdurasi 32 saat dan 15 saat turut tular di media sosial Facebook.

“Banjir, buaya naik sampai jambatan Linggi,” menurut keterangan video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Omar Linggi.

Dalam video berdurasi 32 saat itu memaparkan buaya itu merangkak di atas jambatan.

RAKAMAN video seekor buaya yang naik ke jalan raya dalam kejadian di sebuah jambatan di percayai di Linggi, Port Dickson berikutan banjir di kawasan tersebut dan peningkatan paras air Sungai Linggi.-MEDIA SOSIAL

“Buaya naik jambatan, buaya naik jambatan guys”,” kata perakam video berkenaan.

Manakala dalam sebuah lagi video berdurasi 15 saat dipercayai berlaku di lokasi sama menunjukkan beberapa lelaki melihat kelibat buaya itu dan berdiri pada jarak dekat yang boleh merbayakan mereka.

Linggi merupakan antara kawasan terjejas teruk dalam kejadian banjir di daerah ini yang bermula sejak awal pagi tadi susulan hujan lebat yang tidak berhenti sejak petang semalam.

Sungai Linggi sememangnya di kenali sebagai habitan buaya tembaga di Negeri Sembilan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya