[VIDEO] Bacaan kuning 'Baby J' agak tinggi, kembali ke wad hospital - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bacaan kuning ‘Baby J’ agak tinggi, kembali ke wad hospital

SEBAHAGIAN wajah 'Baby J' bayi kepada Jahidah Nordin yang dikongsikan oleh Fauziah menerusi akaun media sosial miliknya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keluarga hanya sempat menatap wajah bayi Jahidah Nordin selama sehari apabila anak kecil itu terpaksa dimasukkan semula ke hospital selepas bacaan penyakit kuning atau jaundis neonatal yang dialaminya agak tinggi.

Bayi yang mesra dengan panggilan ‘Baby J’ itu dibenarkan pulang ke rumah petang semalam oleh pihak hospital selepas keadaannya dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, adik Jahidah iaitu Fauziah Nordin, 40, berkata, ‘Baby J’ perlu dimasukkan semula ke wad Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) kerana masalah kuning dan sebelum itu bayi tersebut telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Sendayan.

VIDEO rakaman keadaan ‘Baby J’ yang dikongsikan oleh Fauziah menerusi akaun TikTok miliknya hari ini.

“Baru semalam ambil ‘Baby J’ dekat wad, hari Ini kena hantar wad balik sebab kuning tinggi, dia mahu dekat dengan umi dia kot,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Fauziah turut berkongsi sebahagian wajah ‘Baby J’ selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kakaknya Jahidah, 43, dan bayi tersebut.

“Alhamdulillah, akhirnya Baby J depan mata, anak yang tidak disangka akan hidup sehingga hari ini, terima kasih mendoakan,” katanya.

Jahidah selamat melahirkan bayi tersebut secara pembedahan kecemasan kira-kira pukul 9 malam, 30 November lalu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, keluarga berhasrat menamakan bayi itu Jihardy Nasywan yang membawa maksud ‘perjuanganku kegembiraan memperoleh kemenangan’

Nama itu sangat bermakna dan berkaitan dengan episod hitam yang menimpa Jahidah.

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya