Usanita suntik semangat usahawan - Utusan Malaysia

Usanita suntik semangat usahawan

MAHDZIR KHALID beramah mesra dengn peserta yang hadir pada Majlis Pelancaran Perintis Usanita,Penjenamaan dan Pendigitalan bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Pusat Dagangan Kuala Lumpur hari ini. Turut kelihatan Adzliana Hasan dan Datuk Rosyam Nor (kanan) . - UTUSAN/AFIQ RAZALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyokonmg sokongan penuh program digerakkan oleh syarikat Usanita Sdn. Bhd. bagi membantu golongan B40 dan M40 memulakan perniagaan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, platform khas situ bakal membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan yang tidak berkemampuan, dan usaha itu selari dengan arus perniagaan semasa berasaskan digital.

Menurut beliau, KPLB memandang serius akan perkembangan dan pembangunan usahawan luar bandar khususnya dalam aspek pemasaran produk golongan usahawan itu secara atas talian yang kini menjadi saluran utama dalam menjalankan perniagaan sambal mendapat kesan baik.

“Sebelum ini KPLB memperkenalkan DesaMall@KPLB sebagai usaha kerajaan untuk memperkasakan usahawan luar bandar dan membantu golongan tersebut memasarkan produk secara dalam talian.

“Inisiatif tersebut adalah strategi di bawah teras dua Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi penyataan dasar membangun produk dan memperluas pasaran termasuk pemasaran perniagaan dalam talian,” katanya semasa sidang media majlis pelancaran Perintis Usanita, Penjenamaan dan Pendigitalan di ibu negara hari ini.

Usanita Sdn. Bhd adalah badan pemudah cara dalam bidang keusahawanan yang menghubungkan usahawan-usahawan terutama golongan B40 dan M40 dengan kementerian berkaitan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datin Adzliana berkata, program tersebut diadakan bertujuan menyuntik semangat keusahawanan menerusi program dan webinar supaya golongan tersebut  dapat mendepani cabaran ketika era pandemik Covid-19.

ADZLIANA HASSAN

“Rata-rata usahawan terjejas akibat daripada  penularan wabak Covid-19, Usanita melihat inisiatif baru ini mampu melonjak kembali golongan B40 membina ekonomi keluarga dan perniagaan mereka.

“Dengan kerjasama kami dan KPLB serta Datuk Rosyam Nor, saya yakin objektif program ini iaitu pengukuhan semula ekonomi golongan B40 dan M40 akan terlaksana jika kami bergerak seiring bagi membantu golongan terjejas tersebut,” katanya.

Tambahnya, sudah tiba untuk golongan usahawan menggunapakai teknologi pendigitalan di dalam norma baharu ini bagi menjalankan perniagaan lalu mencapai sasaran pembeli dengan lebih mudah, pantas dan murah.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN