UMNO perlu belajar terima Bersatu - Ketua Pemuda Pas - Utusan Malaysia

UMNO perlu belajar terima Bersatu – Ketua Pemuda Pas

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO perlu belajar menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan begitu juga sebaliknya bagi memastikan muafakat ummah berjaya.

Malah Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, UMNO tidak sepatutnya menggunakan alasan bahawa Bersatu yang pernah berada dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menghalang menyertai Muafakat Nasional (MN).

“Jika luka kerana Bersatu  menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan (PH) itu sangatlah besar untuk dilupakan, kenapakah UMNO sanggup menjadi sebahagian dari kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyidin Yasin ketika itu?

“Tidakkah kita lupa bahawa Bersatu inilah yang akhirnya meninggalkan PH dan menjadi sebahagian daripada kerajaan yang sama-sama kita tubuhkan pada Februari 2020?” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini. 

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan  berkata, matlamat penubuhan MN tidak menyebut Bersatu perlu menjadi sebahagian daripadanya.

Menurut Mohamad, salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang PH dan Bersatu adalah komponen PH waktu itu.

Justeru, katanya, untuk memaksa UMNO menerima Bersatu adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berkata, parti itu juga tidak mempunyai masalah untuk menjemput mana-mana parti menyertai MN termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) asalkan menolak kerjasama dengan DAP.

“Sebenarnya, tiada sebarang masalah untuk mengajak parti-parti yang disebutkan tadi untuk bersama MN. Asal saja mereka sudi memutuskan hubungan dengan DAP yang dilihat menjadi tulang belakang sebenar di dalam PH.

“Soalnya, sanggupkah mereka? Tidak ada sesiapa pun di dalam Pas akan tersinggung jika pihak-pihak ini tiba-tiba memohon untuk menyertai MN apabila mereka bermufarakah dengan DAP,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.