Tony Pua berlagak seperti menteri- Tun M - Utusan Malaysia

Tony Pua berlagak seperti menteri- Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berlagak seperti seorang menteri semasa menjadi Setiausaha Politik.

Menurut Dr. Mahathir, Pua beliau sebagai Setiausaha Politik sepatutnya memberikan laporan mengenai politik negara dan bukannya ke sana ke sini melaksanakan dasar kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika majlis pelancaran memoir terbaharunya di ibu negara hari ini.

Tony merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kerajaan PH selepas gabungan itu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dr. Mahathir menambah sikap demikian telah menyebabkan komuniti perniagaan menolak kerajaan PH.

“Saya hanya memetik satu contoh, tetapi ada ahli perniagaan lain memberitahu saya bahawa dia (Tony) sangat angkuh. Itu perkataan yang mereka gunakan, dia berkelakuan seolah-olah menteri.

“Guan Eng berpendapat kerajaan bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak menyeleweng dan dia patut membatalkan semua kontrak dibuat dengan kerajaan terdahulu. Tetapi buat begitu, anda menjejaskan kontraktor dan sesiapa sahaja termasuk pekerja, pembekal dan syarikat sokongan.

“Justeru kita tidak boleh buat begitu saja kepada kontraktor atau mengurangkan nilai kontrak secara paksa,” kata.

Terdahulu, Tony menyelar Mahathir sebagai pemimpin yang bersikap remeh dan lebih mempercayai hartawan tidak jujur.

Beliau mendakwa bekas Perdana Menteri itu sebagai terlalu selektif dan cenderung mempercayai kata-kata seorang ahli perniagaan asing yang terbabit dalam kes penipuan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya