KUALA LUMPUR: Tiada perjalanan rasmi ke luar negara dibuat tiga Duta Khas yang dilantik kerajaan.
Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad yang berkata, kesemua mereka turut menerima emolumen berjumlah RM27,227.20.
“Berdasarkan kontrak perkhidmatan yang telah dimuktamadkan, emolumen yang diterima oleh kesemua Duta khas ini adalah RM27,227.20.
“Mereka juga ditawarkan beberapa kemudahan lain seperti kemudahan telefon bimbit, kenderaan, pemandu dan pejabat,” katanya menerusi jawapan lisan ke Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) meminta Perdana Menteri menyatakan perbelanjaan emolumen, elaun serta perjalanan rasmi setiap Duta Khas bertaraf Menteri yang dilantik kerajaan sejak April 2020.









