Tiada Lesen Khas Umrah kepada mana-mana syarikat - MOTAC

MOTAC tidak pernah keluarkan Lesen Khas Umrah kepada mana-mana syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan Lesen Khas Umrah (LKU) kepada 25 syarikat seperti mana yang tular di media sosial ketika ini.

MOTAC menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kementerian menerima aduan daripada orang awam berhubung senarai 25 syarikat yang dikatakan layak menjual pakej umrah.

Menurutnya, MOTAC menyangkal sama sekali mesej tular itu dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan melalui sidang media atau mana-mana saluran termasuklah melalui Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).

“Penularan maklumat ini menimbulkan kekeliruan dan kegusaran orang awam serta syarikat pengendali umrah yang diiktiraf kementerian. LKU tidak lagi diguna pakai buat masa ini dan bagi syarikat yang bercadang untuk melaksanakan pengerjaan umrah, mereka hanya perlu memohon tambahan bidang umrah dengan MOTAC,” katanya.

Katanya, setakat 30 November lalu, sebanyak 474 syarikat pengendali umrah berdaftar di bawah kementerian dan syarikat-syarikat yang berlesen ini adalah dibenarkan untuk mengendalikan urusan pengerjaan umrah kepada orang ramai di negara ini.

Senarai nama syarikat yang mempunyai bidang umrah ini boleh dirujuk melalui laman web rasmi kementerian di www.motac.gov.my.

Dalam pada itu, MOTAC berkata, penetapan harga lantai pakej umrah sebanyak RM6,900 yang diumumkan sebelum ini adalah harga panduan kepada jemaah bagi pakej umrah selama 12 hari dan 10 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya