Tiada kekuatan punca Bersatu, BN tidak tanding PRN Sarawak - Utusan Malaysia

Tiada kekuatan punca Bersatu, BN tidak tanding PRN Sarawak

ANWAR Ibrahim menyampaikan sumbangan pada Program Santai Bersama Nelayan Port Dickson di Pantai Bagan Pinang Port Dickson hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana kedua-dua parti itu tidak mempunyai kekuatan dan kedudukan di negeri itu.

Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, oleh sebab faktor itu, kedua-dua parti tersebut mengambil pendirian untuk memberi sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Jelas BN dan Bersatu tidak mempunyai (kekuatan) base di Sarawak, jadi strategi mudah mereka hanya menyokong GPS, fakta yang sebenarnya mereka tidak ada base di sana,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Santai Bersama Nelayan Port Dickson di Pantai Bagan Pinang di sini hari ini.

BN dan Bersatu sebelum ini masing-masing membuat pendirian untuk tidak bertanding di PRN Sarawak sebaliknya memberikan sokongan kepada GPS.

Sementara itu, Anwar berkata, keputusan parti itu meletakkan hanya 28 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak adalah mengambil kira peluang untuk menang dan kekuatan PKR di kerusi tersebut.

“PKR sepatutnya bertanding 45 kerusi tetapi kami anggap kita perlu fokus kerusi ini (28 kerusi). Dahulu kerusi yang dilihat kompetetif dituntut oleh semua parti, kerusi yang tiada akar umbi dan tiada harapan mereka abaikan dan melihat PKR mesti bertanding jika tidak GPS akan menang tanpa bertanding.

“Kami terbeban dengannya dan ada pihak mengatakan PKR tamak, kami berjuang untuk kerusi yang kami boleh menang, kerusi kategori A tetapi kami diberi kerusi kategori F, sebahagiannya kami kena ambil kerana kami ada akar umbi di situ berbanding parti lain.

“Tetapi kali ini kita tidak boleh menjangkakan perkara yang sama, sebab itu saya serahkan kepada kepemimpinan di peringkat negeri untuk buat keputusan, saya nasihatkan, tidak semestinya PKR perlu mesti bertanding di semua kerusi itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya