Tawar RM3,000 : SPRM serah notis kepada Presiden PBK - Utusan Malaysia

Tawar RM3,000 : SPRM serah notis kepada Presiden PBK

VOON LEE SHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertemuan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan pagi ini hanya untuk menyerahkan notis memohon beliau hadir ke pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, dakwaan beliau ditahan pegawai SPRM tanpa sebab adalah tidak tepat sebaliknya dia diminta tampil memberi penjelasan berhubung penawaran pemberian wang tunai RM3,000 kepada pengundi di negeri ini jika mereka menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Sabtu ini.

Kata sumber itu, SPRM cuba menghubungi beliau sebanyak 18 kali untuk tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu tetapi gagal.

“Seterusnya, beliau dikesan pagi ini sebelum pegawai SPRM menahan kenderaan dinaikinya bagi menyerahkan notis hadir membantu siasatan. 

“Penjelasan calon Batu Lintang berhubung isu pemberian wang tunai berkenaan sangat diperlukan SPRM bagi memastikan sumber penawaran wang tunai itu sah dan tiada kena mengena dengan rasuah,” kata sumber itu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan,  Lee Shan mendakwa beliau ditahan oleh pegawai SPRM pagi ini ketika beliau sedang memandu keretanya melintasi Kenyalang Park apabila diarah berhenti oleh sebuah kereta.

Dakwa beliau, kunci kereta miliknya telah dirampas sebelum individu berkenaan cuba menahan saya dirinya namun tidak dipastikan atas sebab apa. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN