Tarik minat anak muda sertai Rejimen askar Wataniah - Utusan Malaysia

Tarik minat anak muda sertai Rejimen askar Wataniah

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (dua dari kanan) berkenan berangkat menghadiri Majlis Makan Malam Gala Rejimen 504 Askar Wataniah 2021 di Dewan Harumanis PTSS, Pauh Putra, Arau, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Masyarakat diseru bersama-sama mencetuskan ilham serta menarik minat anak bangsa dengan menyuburkan sikap patriotik dalam diri mereka menyertai Rejimen Askar Wataniah sebagai seorang anggota sukarelawan atau sukarelawati. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, menjadi satu kerugian sekiranya jiwa dan keringat golongan belia yang sihat anggota badan serta memenuhi segala kriteria tahap fizikal dan pendidikan yang diperlukan oleh Tentera Darat Malaysia dibiarkan tanpa diguna pakai bagi tujuan mulia seperti menyertai rejimen tersebut.

“Tugas ini amatlah berat namun menjadi ringan sekiranya dilakukan dengan niat yang tulus dan secara kolateral,” titah baginda ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Makan Malam Gala Rejimen 504 Askar Wataniah 2021 di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Putra, di sini, semalam. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya