Tanah runtuh: Pemandu lori maut, MPV ditemukan tertimbus - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Pemandu lori maut, MPV ditemukan tertimbus

KEADAAN lori yang ditemukan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mangsa pertama yang terperangkap akibat runtuhan tanah di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini, berjaya ditemukan sekitar pukul 8 malam.

Mangsa, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terperangkap dalam lori dipandunya, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Operasi mengeluarkan mayat mangsa dijalankan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

“Mangsa yang maut merupakan pemandu lori berusia 31 tahun dari Tanjung Piandang. Ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian bagi membuat pengecaman.

“Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan namun keadaan lori yang ditimpa runtuhan tanah menyebabkan kerja-kerja berdepan kesukaran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN