Tanah runtuh: Belum ada petunjuk kenderaan lain terlibat - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Belum ada petunjuk kenderaan lain terlibat

ANGGOTA bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dekat Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan dua anjing pengesan (K9) dalam operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, setakat ini hanya dua kenderaan disahkan terlibat di mana dua mangsa terkorban dalam kejadian itu.

Bagaimanapun katanya, khidmat K9 digerakkan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dalam runtuhan berkenaan.

“Buat masa ini belum ada apa-apa petunjuk (kenderaan lain terlibat) kerana berdasarkan maklumat saksi, hanya sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Bagaimanapun, itu apa yg saksi nampak secara mata kasar dan untuk sahkan, kita gunakan khidmat K9 untuk pastikan tiada lagi mangsa dalam timbunan runtuhan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya