SOP PRN Sarawak di peringkat akhir, ambil kira varian Omicron - Utusan Malaysia

SOP PRN Sarawak di peringkat akhir, ambil kira varian Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan pada 18 Disember ini sudah di peringkat akhir. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pada masa ini, kementeriannya sedang memperhalusi beberapa perkara untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“SOP sudah hampir siap dan Kementerian Kesihatan sedang perhalusi satu dua perkara untuk kita kemukakan kepada SPR. Sudah pasti dengan perkembangan terbaharu (varian Omicron), mestilah diambil kira. 

“Ini supaya SOP yang dikemukakan kepada SPR dilihat lebih ketat untuk memastikan tidak ada penularan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

PRN Sarawak Ke-12 ditetapkan pada 18 Disember ini dengan hari penamaan calon pada 6 Disember. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya