SJK(C), SJK(T) sah di sisi undang-undang - Utusan Malaysia

SJK(C), SJK(T) sah di sisi undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali turut memutuskan bahawa penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantara di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sah di sisi undang-undang.

“Kewujudan dan penubuhan sekolah-sekolah berkenaan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan malah kewujudannya telah diiktiraf dan dilindungi sejak merdeka.

“Penggunaan bahasa lain selain bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan juga tidak bertentangan dengan Perlembagaan kerana sekolah venakular bukanlah satu badan statutori atau pihak berkuasa awam yang wajib menggunakan bahasa kebangsaan,”katanya.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi sebentar tadi menolak saman yang difailkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) serta Gabungan Persatuan Penulis Malaysia tanpa sebarang perintah berhubung kos.

Pada Disember 2019, GPMS, MAPPIM dan Gapena menamakan Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan sebagai defendan, manakala 11 lagi dimasukkan sebagai pihak berkepentingan.

Kedua-dua pertubuhan itu memfailkan saman memohon diisytiharkan bahawa Seksyen 2, 17, dan 28 Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, justeru ia dianggap batal dan tidak sah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya