Seleweng urus jenazah: Tiga kakitangan perubatan dituduh esok - Utusan Malaysia

Seleweng urus jenazah: Tiga kakitangan perubatan dituduh esok

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga Pembantu Perawatan Kesihatan dekat sebuah hospital awam akan dihadapkan ke mahkamah di sini, esok atas 21 pertuduhan meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM4,950.

Kesemua kakitangan awam itu disyaki menerima suapan terbabit sebagai balasan menawarkan kerja-kerja pengurusan jenazah di sebuah hospital pada tahun 2019 hingga 2021.

Salah seorang tertuduh berusia 34 tahun bakal menghadapi sembilan pertuduhan utama dan sembilan pertuduhan pilihan kerana meminta dan menerima suapan sebanyak RM3,450.

Seorang lagi tertuduh berusia 44 tahun akan berhadapan dua pertuduhan utama dan dua pertuduhan pilihan kerana menerima dan meminta suapan sebanyak RM900 sementara tertuduh seterusnya pula berusia 41 tahun dituduh dengan satu pertuduhan utama dan satu pilihan kerana meminta dan menerima suapan bernilai RM600.

Kesemua pertuduhan utama didakwa dilakukan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sementara pertuduhan pilihan pula di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (KK).

Jika sabit kesalahan kesemua tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau kedua-duanya sekali.

Sementara pertuduhan di bawah Seksyen 165 KK, kesemua tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya