Selangor pertimbang jual baki vaksin kepada negara luar - Utusan Malaysia

Selangor pertimbang jual baki vaksin kepada negara luar

AMIRUDIN Shari menjelaskan jumlah vaksin dalam Program SelVax Industri yang masih belum terjual dan bercadang untuk memasarkannya di luar negara, pada Sidang DUN di Bangunan Annex, Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor, hari ini. - GAMBAR SELANGOR TV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan menjual baki vaksin Covid-19  berjumlah lebih setengah juta dos kepada negara luar setelah selesai semua program Selangor Vaksin (SelVax) dilaksanakan.

Saranan tersebut berikutan terdapat 537,045 dos vaksin yang belum terjual di negeri ini sejak diedarkan hingga 1 November lalu dalam program SelVax Industri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan, sebanyak 750,000 dos dijual kepada industri dengan sasaran untuk diberikan kepada pekerja-pekerja melalui majikan, namun hanya 28 peratus yang digunakan (terjual).

Menurutnya, bagaimanapun keutamaan tetap akan diberikan kepada keperluan rakyat dan penduduk di negeri ini.

“Selepas selesai semua program SelVax dan melihat situasi pandemik Covid-19 di negara, baru kita pertimbang untuk jual vaksin kepada negara lain.

“Bagaimanapun, kita akan cuba habiskan semua vaksin yang sedia ada dalam tempoh setahun ini,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Annex, Bangunan SUK, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, masih terdapat baki dos vaksin dalam Program SelVax Komuniti dan boleh digunakan dalam Program SelVax Booster yang bermula pada hari ini.

“Saya telah mendapat maklumat bahawa program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Selangor, dengan mereka telah pergi ke klinik SelCare bagi mendapatkan dos penggalak,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya