Saya bukan 'budak mentah' - Cherishe - Utusan Malaysia

Saya bukan ‘budak mentah’ – Cherishe

CHERISHE NG PHUAY HUI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA SOALAN

MUKADIMAH

CALON Dewan Undangan Negeri (DUN) dari PKR, CHERISHE NG PHUAY HUI, 24, paling muda dalam kalangan 349 calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Beliau berdepan masalah kerana Batu Lintang di Bandar Kuching tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk berkempen secara fizikal.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN ketika ditemui di ibu pejabat PKR di Kuching semalam, Cherishe bertekad menggunakan segala kemampuannya untuk menang. Sekalipun terpaksa berkempen secara digital.

UTUSAN: Mungkinkah masa PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) saja masa sesuai calon muda tunjukkan kuasa?
Ini bukan soal pilihan raya negeri atau pilihan raya umum. Agenda dan misi sebenar adalah mahu mengubah senario politik negara terutama di Sarawak. Anak muda mesti ceburi bidang politik seawal mungkin. Pilihan raya Sarawak inilah gelanggangnya.

Cabaran berkempen?
Saya tidak boleh berkempen secara fizikal di DUN saya bertanding kerana ia kawasan bandar. Tiada masalah pun kempen guna media sosial. Cuma cabarannya ialah bagaimana mahu dekati golongan berusia yang tidak terdedah kepada media sosial. Jadi, saya mesti kreatif bab ini.

Mungkinkah kekalahan PKR di Melaka berjangkit ke Sarawak?
Situasi di Sarawak sentiasa sukar. Strategi pilihan raya kali ini adalah fokus pada kerusi boleh menang. Sangat sengit tapi tidak mustahil.

Calon paling muda di Melaka tempoh hari, Farzana Haryani pun tewas?
Walaupun saya tiga tahun lebih senior daripada dia, saya kagum dengan keberaniannya kerana bertanding ketika masih dalam pengajian. Umur bukan penghalang, yang penting kematangan berfikir. Soal calon muda konon masih ‘mentah’ bukan isu kerana sudah ada undang-undang di peringkat DUN benarkan individu berusia 18 tahun jadi calon pilihan raya.

Kenapa PKR perlu dipilih pengundi Batu Lintang?
Masalah banjir kilat di sana kerap berlaku. Saya tahu kerajaan negeri mempunyai pelan mitigasi, tapi hakikatnya ia tidak menjadi kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN