Saintis MARDI cemerlang di ITEX 2021 - Utusan Malaysia

Saintis MARDI cemerlang di ITEX 2021

SAINTIS MARDI menunjukkan kecemerlangan pada ITEX 2021
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya merangkul kejayaan dalam dua pertandingan inovasi peringkat antarabangsa iaitu Pameran Antarabangsa Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi 2021 (ITEX) dan Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIIF).

Menurut kenyataan agensi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan tersebut, pertandingan-pertandingan tersebut adalah acara yang sering disertai oleh saintis-saintis daripada MARDI bagi mengenengahkan inovasi-inovasi terkini hasil daripada penyelidikan mereka ke peringkat antarabangsa.

MARDI turut menjalankan proses penyaringan, penilaian dan pemantapan di peringkat dalaman kerana kriteria utama penilaian adalah berdasarkan kepada perlindungan harta intelek (IP) dan teknologi berpotensi untuk dikomersialkan ke kumpulan sasar.

“Kami akan mencari inovasi sains atau teknologi yang berpotensi untuk dikomersialkan serta mampu dipindahkan kepada kumpulan sasar seperti petani, peladang, penternak, usahawan dan sebagainya.

“Penyertaan MARDI di dalam ITEX adalah tradisi kami setiap tahun dari 2016 hingga 2020, namun penyertaan kali ini membawa kegemilangan kepada MARDI selepas berjaya merangkul kemenangan besar iaitu sembilan pingat emas dan dua pingat perak,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Senarai pingat emas bagi teknologi MARDI di ITEX 2021 adalah varieti padi inbred baharu MARDI – MR315 dan dikenali sebagai Seri Waja, bijirin bernutrisi antosianin daripada ubi keledek Anggun dengan teknologi  makanan padat nutrisi, sup bernutrisi mengandungi ekstrak pegaga dan bahan daripada sumber pertanian dan rumpai laut

Inovasi lain ialah keropok lekor lembut sejuk beku berperisa ikan, sotong dan udang, biofungisida berasaskan Trichoderma tempatan untuk kawalan penyakit antraknos pada cili dan sistem visi kamera pintar dengan kolaboratif robot untuk membersihkan sarang burung walet.

Kejayaan mereka diteruskan dengan pingat emas seterusnya sistem penderia nutrien tanah untuk pembajaan secara kadar boleh ubah, sistem on-the-go aplikasi baja secara kadar boleh ubah dan mesin penanaman nanas separa automatik.

“Bagi pingat Perak pula kami memenangi dengan teknologi  varieti padi wangi baharu MARDI – MRQ104 dan dikenali sebagai Kembang Sari dan teknologi pengeluaran hibrid kubis bunga tanah rendah,” katanya.

Sementara itu, penyertaan MARDI di dalam SIIF 2021 membawa dua pingat iaitu satu perak dan satu pingat gangsa daripada tiga penyertaan inovasi dalam kluster produk makanan dan aplikasi kejuruteraan pertanian.

“Inovasi makanan untuk penuaan sihat berjaya meraih pingat Perak disana dan teknologi aplikasi mudah alih pemantauan pelarasan jentuai padi pula berjaya membawa pulang satu pingat gangsa,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya