Rugi RM648,800 ditipu kenalan dari luar negara - Utusan Malaysia

Rugi RM648,800 ditipu kenalan dari luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Tindakan seorang pengurus kanan sebuah syarikat insurans terlibat dalam skim pelaburan mengundang padah apabila dia mengalami kerugian sebanyak RM 648,800.

Mangsa berusia 40 tahun itu dipercayai  menjadi berkenalan dengan seorang lelaki warga asing pada Oktober lalu menerusi nombor telefon antarabangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam tempoh perkenalan tersebut, suspek memberi pautan aplikasi untuk mangsa memuat turun aplikasi pelaburan Bitcoin.

Kata beliau, mangsa   memuat turun aplikasi tersebut dan memindahkan wang ke dalamnya.

“Mangsa juga diperdaya dengan memasukkan wang sebanyak RM1,000  ke dalam satu akaun yang diberi oleh suspek.

“Hasil daripada itu mangsa dijanjikan memperoleh keuntungan sebanyak RM800.

“Sejak itu, mangsa mula yakin apa yang dikata suspek dan telah memasukkan wang ke lapan akaun berbeza dan sebanyak 31 transaksi dilakukan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Mohamad Fakhrudin, mangsa mula curiga ditipu apabila kesemua wang pelaburannya tidak lagi memperoleh keuntungan.

Beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan perkenalan dalam talian.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji seseorang yang baru dikenali terutama di media sosial,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN