Rosmah bakal dikenakan waran tangkap - Utusan Malaysia

Rosmah bakal dikenakan waran tangkap

ROSMAH MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor boleh dikenakan waran tangkap sekiranya beliau gagal hadir pada prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan, Isnin ini.

Ia selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah dan bersidang bersama Datuk M. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah sebulat suara memutuskan untuk menahan pengeluaran waran tangkap itu hari ini.

“Kami telah mempertimbangkan cadangan responden agar perayu (Rosmah) dikenakan waran tangkap namun kami juga mengambil kira hujah peguam bela bahawa situasi ini berlaku kerana pembelaan terlepas pandang dalam menasihati perayu berhubung kehadirannya hari ini.

“Kami juga mengambil maklum bahawa perayu tidak pernah gagal untuk hadir pada perbicaraannya di Mahkamah Tinggi.

“Oleh itu, dengan menggunakan budi bicara kami agar waran tangkap terhadap perayu ditahan (withhold) pada peringkat ini dan perayu diberi peluang untuk hadir,” kata Hakim Hanipah.

Hari ini Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar sambung hujahan rayuan Rosmah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu.

Rosmah bagaimanapun tidak hadir pada prosiding hari ini menyebabkan Sri Ram memohon agar waran tangkap dikeluarkan dan jaminan RM1 juta dibatalkan.

Menurut peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh, anak guamnya itu masih berada di Singapura dan mengakui bahawa ia merupakan satu pelanggaran terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan pada 15 Oktober lalu.

Pada tarikh tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Rosmah untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau melawat anak perempuannya yang bakal melahirkan anak kedua.

Perintah itu antara lain menyatakan, Rosmah perlu pulang ke Malaysia sebelum atau pada 21 November lalu dan pasport perlu diserahkan semula ke mahkamah pada 6 Disember.

Anaknya, Nooryana Najwa telah selamat melahirkan anak pada awal November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya