Rompak RM700,000: Dua individu termasuk pegawai SPRM direman - Utusan Malaysia

Rompak RM700,000: Dua individu termasuk pegawai SPRM direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan dua individu termasuk seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasa ditahan selepas disyaki terbabit kes jenayah membabitkan kerugian RM700,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, tangkapan  dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi dan sebanyak 12  individu dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua tangkapan ini telah mendapat perintah tahanan reman masing-masing tiga dan empat hari oleh Majistret. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian jenayah, baru-baru ini. 

SPRM dalam satu kenyataan semalam memberitahu, kerjasama penuh kepada polis diberikan suruhanjaya itu bagi mengesan pegawai berkenaan.

Dalam pada itu, SPRM menegaskan, pihaknya sama sekali tidak melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan perlakuan jenayah. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN