Remaja Orang Asli cedera diserang binatang buas - Utusan Malaysia

Remaja Orang Asli cedera diserang binatang buas

KEADAAN remaja Orang Asli yang cedera diserang binatang buas di Kampung Kelatap, Pos Perwor, Sungai Siput, Perak, semalam. -MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Seorang remaja lelaki Orang Asli cedera di kepala dan lengan selepas diserang binatang buas di Kampung Kelatap, Pos Perwor, di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 3 petang itu, mangsa berusia 18 tahun dibawa ke Hospital Sungai Siput sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang mencari kayu sebelum diserang haiwan berkenaan.

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak dapat mengesahkan spesies haiwan tersebut.

“Akibat serangan itu, mangsa cedera dengan kesan koyakan di bahagian kepala dan lengan.

“Mangsa yang mendapat rawatan awal di Hospital Sungai Siput dirujuk ke HRPB untuk rawatan lanjut. Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini semalam..

Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, spesies haiwan yang menyerang remaja itu belum diketahui berikutan mangsa masih mendapat rawatan di hospital.

“Kita akan menghantar kakitangan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. Orang ramai khususnya penduduk dinasihat untuk berhati hati dengan tidak memasuki kawasan semak secara bersendirian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.