“Rasanya program hiburan boleh dikurangkan” - Along Exists - Utusan Malaysia

“Rasanya program hiburan boleh dikurangkan” – Along Exists

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komposer dan anggota kumpulan Exists, Azhrul Nasir atau Along menyarankan agar stesen televisyen di negara ini mengurangkan penayangan program-program berbentuk hiburan.

Along menerusi perkongsian di Instagram (IG) berkata, tindakan itu perlu bagi menghormati mangsa banjir di seluruh negara.

“Rasanya program hiburan boleh dikurangkan atau ditunda dekat TV tu bagi menghormati mangsa banjir seluruh negara.

“Kes Covid-19 baru reda sikit sahaja. Kasihan tengok dia orang semua ni ada yang tidur dalam kereta, masjid, tepi jalan. Ada yang kena halau dari mall (kompleks beli belah).

“Sudah macam tsunami. Takkan nak tunggu tsunami betu-betul,” tulisnya.

Cadangan Along itu disambut baik netizen yang rata-rata bersetuju program hiburan dikurangkan buat sementara waktu.

Pengguna IG, asyrefkdkl mencadangkan agar pihak stesen penyiaran menyiarkan bacaan al-Quran dalam tempoh kritikal ini.

“Kalau semua siaran TV boleh buat bacaan al-Quran pun okay.

“Rancangan hiburan itu tunda seminggu dua pun tak ada hal,” tulisnya di ruangan komen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya