Rakyat Malaysia ke luar negara, ikut nasihat Kementerian Kesihatan - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia ke luar negara, ikut nasihat Kementerian Kesihatan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke luar negara disarankan supaya mematuhi langkah kesihatan awam Malaysia dan bukannya negara destinasi kunjungan mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ada negara-negara seperti di Eropah yang sudah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) termasuk tidak perlu memakai pelitup muka.

“Justeru, rakyat Malaysia yang berkunjung ke luar negara dinasihatkan berhati-hati ketika berada di sana. Sentiasa patuh kepada langkah kesihatan awam di Malaysia dan bukan negara lain. 

“Kita tahu misalnya di Eropah lebih longgar iaitu tidak perlu memakai pelitup muka. Kita nasihatkan mereka supaya patuh kepada nasihat Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang akhbar berhubung perkembangan baharu varian Omicron di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi warga emas dan individu yang menghidap penyakit komorbid, mereka dinasihatkan supaya tidak melakukan perjalanan ke luar negara serta mengelakkan ke kawasan awam yang sesak.

“Kalau boleh elak, elakkan. Jangan bawa warga emas dan individu ada penyakit komorbid ke kawasan sesak serta elakkan buat perjalanan ke luar negara sebab varian Omicron ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.